KELAS MEMASAK MAMA.
Salam perkenalan untuk semua yang berminat memasak tapi merasakan diri kurang berani untuk mencuba...
Memasak cuma kerja senang bagi orang yang berani mencuba dan tak takut gagal sama seperti semua bidang dalam kehidupan kita....
Namun memasak perlukan komitmen dan menuntut banyak masa...bukan untuk memasak tapi lebih kepada penyediaan dan penyimpanan selepas memasak..mudah cerita...bab nak membasuh tu yang leceh...
Jadi kalau tak mahu membasuh, ambil orang gaji....dan kalau sanggup memperjudikan nasib rumahtangga kita pada orang gaji yang entah dari mana asalnya dan budaya serta cara hidupnya...teruskanlah...
Kalau tidak jemputlah ke BLOG mama...insyaallah mama tolong ajarkan bagaimana cara memasak yang mudah-mudah....
Pendek cerita....mama akan tolong anda semua hingga boleh memasak untuk diri sendiri dan keluarga...Jadi JEMPUTLAH YA...